Thursday, 16 February 2012

Kenali Penyakit Kencing Manis. Ketahui Simptom, Komplikasi dan Rawatan.





Diabetes Mellitus jenis 2: Apakah ia?
Diabetes Mellitus jenis 2 atau lebih dikenali dengan kencing manis berlaku kepada semua peringkat umur dan simptom-simptomnya tidak nampak ketara. Malahan, hampir 1 dari pada tiga orang yang menghidap kencing manis tidak menyedari yang mereka mengalaminya. Diabetes merupakan keadaan yang kronik di mana badan tidak mampu menukarkan makanan kepada tenaga. Ini menyebabkan gula di dalam darah semakin bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung, kegagalan buah pinggang dan komplikasi-komplikasi yang lain.
Insulin: Menukarkan Glukos kepada Tenaga
Selepas makan, saluran pencernaan akan menukarkan makanan yang berasaskan karbohidrat kepada gula ringkas ia itu glukos. Glukos akan masuk ke dalam saluran darah dan merangsang penghasilan insulin melalui pankreas. Insulin kemudiannya memastikan glukos masuk ke dalam sel-sel dan ditukarkan menjadi tenaga. Glukos yang berlebihan akan disimpan di bahagian hati.
Di dalam penyakit kencing manis, sel-sel tidak dapat menggunakan glukos dengan sempurna. Disebabkan itu, kandungan glukos dalam darah semakin meningkat. Dalam keadaan ini insulin akan dihasilkan kerana mengenal pastik kandungan gula yang tinggi. Walaupun banyak insulin dihasilkan, tetapi otot, hati dan lemak tidak dapat memberikan respon secara efektif. Keadaan insulin tersebut digelar rintangan insulin (insulin resistance).
Lama-kelamaaan penghasilan insulin akan menjadi semakin berkurangan apabila keadaan kencing manis tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.
Simptom-simptom kencing manis
  • Cepat dahaga
  • Kerap kencing dengan kuantiti yang banyak
  • Cepat lapar
  • Kebas kaki
  • Mata kabur
Faktor Risiko Yang Boleh Dikawal

  1. Lebih berat badan: Apabila index jisim badan (BMI) anda melebihi 25.
  2. Gaya hidup yang tidak aktif
  3. Tinggi kolesterol dan juga lemak. Contohnya HDL ‘kolesterol baik’ rendah daripada 35 mg/dL atau trigliserida melebih 250 mg/dL
  4. Tekanan darah melebih 140/90 mmHg untuk dewasa.
  5. Merokok.
Faktor Risiko Yang Tidak Boleh Dikawal
  1. Kaum.Kaum India didapati mempunyai risiko kencing manis lebih tinggi berbanding kaum yang lain.
  2. Umur melebihi 45 tahun meningkatkan risiko kencing manis
  3. Sejarah keluarga yang mempunyai kencing manis meningkatkan risiko tersebut.
Lebih banyak faktor risiko anda, maka kemungkinan untuk menghidap kencing manis menjadi semakin tinggi.
Faktor Risiko Untuk Wanita
Menghidapi kencing manis ketika mengandung meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes mellitus jenis 2 pada kemudian hari. Perempuan yang melahirkan anak melebihi 3.5 kg juga turut mempunyai risiko. Mempunyai sejarah ‘sindrom polisistik ovari’ juga meletakkan risiko anda untuk mendapat kencing manis.
Bagaimana untuk mendiagnos kencing manis
Ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk mendiagnos diabetes. Ujian HbA1C memberikan gambaran mengenai keadaan glukosa dalam darah pada dua tiga bulan sebelumnya. Ia menunjukkan bagaimana anda mengawal paras glukos anda. Sekiranya melebihi 6.5%, bermakna kawalan paras glukos anda tidak dikawal dengan baik.
Doktor akan melihat pada simptom anda dan juga ujian darah yang diambil. Sekiranya ujian darah ketika tidak makan dan selepas makan melebihi 7.0 mmol/L dan 11.0 mm0l/L, anda akan didiagnos mempunyai kencing manis.
Doktor juga akan meminta anda minum air gula yang telah disediakan sekiranya perlu untuk mendiagnos penyakit kencing manis.
Kerosakan jangka panjang: Arteri
Semakin lama, apabila kencing manis tidak dirawat, ia akan merosakkan banyak organ-organ lain dalam badan. Dua daripada tiga pesakit kencing manis mati disebabkan sakit jantung. Ia juga meningkatkan risiko untuk anda mendapat strok. Pesakit kencing manis lebih cenderung menyebabkan munculnya plak di dalam arteri dan mengurangkan pengaliran darah dan menyebabkannya tersumbat. Arteri akan menjadi semakin keras dan berlakulah penyakit jantung dan juga penyakit strok.
Komplikasi-komplikasi lain.
Bukan hanya strok dan sakit jantung. Penyakit kencing manis juga membawa kepada:
  1. Kegagalan buah pinggang.
  2. Kehilangan deria penglihatan dan juga katarak.
  3. Hilang deria sentuhan terutamanya di kaki.
  4. Jangkitan kuman menjadi lambat sembuh.
Mengawal diabetes: Diet
Apa yang baiknya mengawal paras glukosa dalam darah dengan diet turun mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Anda harus mengawasi kandungan karbohidrat dalam pemakanan anda. Sebaiknya kurangkan kalori dengan mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi putih dan juga roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu.
Berjumpa dengan pakar pemakanan adalah cara terbaik untuk anda mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Senaman, senaman dan senaman
Saya amat menitik beratkan hal ini kerana ia amat penting. Cukuplah sekadar senaman ringan dilakukan setiap hari. Semakin hari anda boleh meningkatkan kekuatan senaman anda. Apabila bersenam ia mampu membantu tubuh badan menggunakan insulin dengan efektif dan mengawal kandungan glukosa dalam darah.
Gabungan diet dan senaman juga akan mengurangkan lemak, merendahkan tekanan darah dan juga melindungi jantung anda.
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan senaman sederhana selama 30 minit.
Mengawal Diabetes: Ubat-ubatan
Apabila kencing manis tidak dapat dikawal dengan diet mahupun senaman, ubat adalah alternatifnya. Terdapat banyak jenis pil yang mampu mengawal kandungan gula dan boleh digunakan secara gabungan pil. Ada jenis ubat yang merangsang penghasilan insulin,  ada ubat yang meningkatkan kesan insulin terhadap sel dan ada juga ubat yang menghalang pencernaan karbohidrat.
Mengawal Diabetes: Insulin
Dan dalam situasi-situasi tertentu, suntikan insulin diperlukan dalam rawatan kencing manis. Apabila anda didiagnos kencing manis ketika mengandung, insulin akan diberikan. Begitu juga apabila kandungan gula terlalu tinggi dan tidak dapat dikawal. Juga dalam keadaan situasi apabila pankreas mengalami kegagalan menghasilkan insulin.


Saksikan penjelasan dari Doktor Nadirah ttg bagaimana dgn izin Allah, Vemma membantu pesakit kencing manis..





Kenapa perlu minum Vemma?




Doktor Nadirah terangkan ttg kehebatan Vemma..



Doktor Nadirah memperakui Vemma sebagai penyelesaian penyakit moden..





Testimoni Kencing Manis:







Kaki Bengkak Kerana Masalah Buah Pinggang dan Kencing Manis

Nak sharing kisah mak kawan saya, Zool Helmi Yaacob.. 

Kaki mak zool bengkak kerana masalah buah pinggang, kesan daripada kencing manis.. mak zool dimasukkan ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu pada bulan 3 2011.. bengkak kaki mak zool sampai ke peha! Doktor nasihatkan mak zool dibawa ke IJN untuk lawatan lanjut.. sebelum appointment di IJN, zool amik keputusan untuk bagi mak dia cuba Vemma setelah mendengar testimoni ttg Hajjah Hamidah Hassan a.k.a MakLong.. nie testimoni dia:




Alhamdullillah, selepas sebulan minum Vemma, kaki mak zool dah tak bengkak!! 


Nampak kan bezanya.. syukur alhamdullillah!! 

Wednesday, 15 February 2012

FIBROID DAN KEHAMILAN

KETUMBUHAN atau Fibroid lumrah bagi wanita,namun ia bukanlah penyebab kanser,ia tidak berbahaya namun mempunyai risiko tertentu terutama kepada wanita hamil.Fibroid merupakan sejenis tumor yang membesar dari otot tisu dalam rahim

Ia juga dinamakan Uterine Leiomyomas atau Myomas.Kedudukannya boleh dikesan diluar atau diantara dinding rahim malah didalam rongga rahim.Saiznya pula dari sekecil biji kacang sehingga sebesar bola keranjang.

Sekiranya fibroid atau gugusan fibroid ini membesar diluar dinding rahim,ia boleh menyebabkan rahim berada dalam kedudukan tidak normal .ia juga boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap kencing,sakit pada bahagian pelviks ,sakit belakang atau senbelit .Fibroid juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak.

Kehadiran fibroid boleh menggangu kesuburan wanita malah secara tidak langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil.Misalnya fibroid yang membesar akan menghalang bukaan rahim ,akibatnya wanita hamil terpaksa melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya.





FAKTOR LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN FIBROID

1.Sejarah Keluarga

Genetik keluarga yang pernah disahkan mempunya ibroid membolehkan anda juga berisiko untuk mengalaminya.Sekiranya nenek atau ibu anda pernah mempunyai fibroid,anda juga berpeluang untuk mengalaminya.

2.Umur

Fibroid biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an.Namun dalam kajian yang dijalankan diluar negara,wanita Afrika-Amarika mengalami dalam usia yang lebih awal dari 30-an.Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita itu telah melalui proses menopaus.

3.Paras hormon

Tumbesaran fibroid banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau progesteron atau kedua-duanya sekali.Setengah kajian mendapati fibroid akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan(iaitu apabila menghampiri saat menapous).

4.Berat badan

Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dan tumbesaran fibroid.

5.Wanita yang telah melahirkan

Kajian mendapati wanita yang telah meklahirkan bayi kurang berisiko untuk mengalami fibroid.Risikonya juga semakin berkurangan apabila wanita itu telah melahirkan lebih dari dua orang bayi.

6.Gaya hidup

Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko fibroid.Kajian juga menunjukkan pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami fibroid.



SOALAN KALANGAN WANITA HAMIL

1.Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan fibroid sebelum merancang untuk hamil?

Bagi wanita yang berisiko untuk mengalaminya,anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan awal.Ujian imbasan akan dijalankan untuk mengenalpasti masalah itu.Sekiranyabanda disahkan mengalami fibroid,doktor pakar akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk anda berhadapan dengan masalah itu.Apatah lagi jika anda mahu meneruskan kehamilan,anda perlu tahu apakah komplikasi yang bakal berlaku sewaktu kehamilan anda itu nanti.

2.Adakah fibroid menyebabkan masalah kesuburan?.

Ya,fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan,terutama fibroid yang berada didalam rongga rahim.Ia juga boleh memesongkan bahagian dalam rahim lantas menghalang kehamilan.Fibroid yang berada didinding rahim juga mungkin juga boleh menghalang kesuburan namun ia tidak memberi kesan yang besar kepada kesuburan wanita.

Bagi wanita yang tahu keluarganya pernah mengalami fibroid ,mereka perlu mengambil langkah segera untuk hamil.Hal ini kerana ,tumor itu berpontensi untuk membesar lalu menyebabkan masalah kepada anda dikemudian hari.









Testimoni Fibroid



Testimoni Cyst


Radang sendi - Kenali jenis-jenisnya

MENULIS, memegang gelas, tombol pintu, memandu, mandi, menyiapkan diri, berjalan, makan atau minum dan apa saja rutin harian yang melibatkan sendi sebenarnya sebahagian nikmat yang kurang kita hargai.

Nikmat ini hanya mungkin dirasai setelah kita `hilang upaya' untuk melakukan kesemua rutin ini dengan sempurna dan selesa.

Jika selama ini kita boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri, tetapi alangkah sukarnya jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain, hanya untuk melakukan perkara yang kita anggap terlalu kecil dan remeh.

Bayangkan, kita terpaksa menunggu orang lain memegang tombol pintu, membutangkan baju atau hanya mampu melihat orang lain menggunakan sudu dan garfu dan sebagainya.

Kesemua ini, mungkin terpaksa ditempuhi setelah kita disahkan menghidap penyakit radang sendi.

Radang sendi atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai artritis juga disebut sebagai at-rai-tis, meliputi aspek luas pelbagai penyakit sendi.

Berita buruknya berhubung penyakit kronik yang menyebabkan rasa sakit, hilang pergerakan dan ada kalanya pembengkakan pada sendi tubuh yang terlibat, sebahagian besar penghidapnya terdiri daripada wanita.

Tersenarai sebagai penyakit kedua selepas penyakit jantung yang mengakibatkan ketidakupayaan bekerja, ia menghadkan pergerakan penghidapnya.

``Selain itu, rasa sakit yang teramat sangat merupakan gejala yang paling mengganggu kehidupan penghidap radang sendi,'' kata Presiden Yayasan Artritis Malaysia dan Ketua Jabatan Unit Reumatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof. Madya Dr. Chow Sook Khuan.

Sehubungan itu, sementara menunggu rawatan spesifik yang lebih berkesan, melegakan kesakitan salah satu cara meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Ini termasuklah ubat-ubat pelega dan ubat antiradang yang steroid.

Sook Khuan menjelaskan, selain ubat-ubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja turut memainkan peranan.

``Senaman dipercayai dapat membantu ketegangan sendi, mengekalkan pergerakan sendi, mengurangkan kecacatan sendi sekali gus meningkatkan tahap kesihatan sendi,'' ujarnya.

Di negara ini, radang sendi merupakan penyakit yang biasa ditemui di mana puncanya disebabkan oleh pelbagai faktor.

Diet, katanya, tidak menyebabkan artritis, tetapi pengambilan minuman keras secara berlebihan dan makanan yang tinggi kandungan purina boleh menyebabkan serangan gout kepada mereka yang menghidap penyakit ini.

Mengulas sejauh manakah faktor keturunan boleh mengakibatkan penyakit ini, hanya penyakit osteoartritis, artritis reumatoid dan gout saja diwarisi.

Sekalipun terdapat lebih 100 jenis radang sendi, terdapat lima yang paling ramai penghidapnya iaitu:

- Osteoartritis

- Artritis reumatoid

- Gout

- Artritis septik

- Sistemic Lupus Erythematosus.





Testimoni Vemma Berkaitan dgn Gout







Tuesday, 14 February 2012

Baby Damia tak selera makan, selalu demam dan sukar buang air besar


"Baby Damia, 8 bulan ada beberapa problem which are poo once in a week, demam selalu & x selera makan since kena paksa makan ubat... my sis, Siti Husna & my mom, Rabiah suggest to give her vemma after  seeing damia so thin... Its hard to give medicine to the baby, so I put vemma inside the bubur about 2 small spoon... After taking vemma, I saw improvement, she start 2 eat a lot & poo every 1@2 day...now..pipi damia dah tembam..everyone loves to cubit her pipi :)" -Damia's mom(Siti Aishah)

testimoni ni ditulis oleh adik saya sendiri..
By: Siti Husna

Baby Damia dan ibunya
"Gambar ni masa Baby damia berusia 3bulan..masa ni dia tembam sgt! geramm..tapi lps 2 bln xjumpa..sy dan mak terkejut tgk Damia kurus sgt. sedih..campur kesian. masa jumpa tu pun damia tgh demam dan murung je. langsung tak ketawa. tp lps diberi Vemma, skrg damia dah happy dan ceria.. " Mak Long Damia (Siti Husna)