Wednesday, 25 April 2012

Si Kecil Kurang Berat Badan


Si kecil Aisyah kurang selera makan sehingga kesihatan Aisyah merosot..
Pasti ibu bapa sering berasa risau sekiranya anak yang disayangi tidak menunjukkan peningkatan berat badan seperti yang sepatutnya. Sekiranya membawa anak-anak bermain di padang permainan, terdapat di antara kita yang mula menilai saiz fizikal antara si kecil dan rakan-rakannya. Namun, harus diingat bahawa berat badan si kecil turut bergantung kepada saiz peningkatan badan mereka.

Adakah anak saya mempunyai berat badan yang ideal?

Pihak pemeriksaan kesihatan mempunyai kaedah tertentu dalam menentukan berat badan kank-kanak yang ideal. Ibu bapa juga boleh merekod ketinggian serta berat kanak-kanak dan merujuk kepada carta rujukan standard bagi menentukan samada mereka di dalam golongan yang mengalami berat badan normal, berlebihan atau kekurangan.

Faktor kurang berat badan dan cara mengatasinya



Alhamdullillah, selera makan Aisyah bertambah..


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kekurangan berat badan. Antaranya hilang selera makan, masalah emosi dan masalah kesihatan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang rendah, adalah juga berkemungkinan merupakan seorang yang memilih makanan atau cerewet makan. Untuk itu, ibu bapa perlu menggunakan daya kreativiti demi menggalakkan mereka menikmati pelbagai jenis makanan.

Hal ini adalah penting untuk memastikan mereka mendapat zat makanan yang secukupnya demi perkembangan mereka. Ibu bapa boleh mengajak kanak-kanak membeli bahan mentah bersama-sama serta membiarkan mereka memilih makanan yang mereka sukai. Ini merupakan peluang yang baik untuk mengajar mereka mengenai tabiat pemakanan yang baik. Selain itu, ibu bapa juga perlu menggalakkan mereka untuk bersama-sama menyediakan makanan. Ini akan dapat merangsang minat kanak-kanak untuk mencuba sekaligus mendapatkan zat makanan yang diperlukan oleh badannya.






Ibu bapa juga perlulah sentiasa mengawasi tingkah laku emosi kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak merasa sedih mahupun rungsing, sudah pasti si kecil akan kehilangan selera makan. Ibu bapa mampu membantu mereka dengan cuba mendapatkan maklumbalas mengenai apa yang menyebabkan mereka berada di dalam keadaan sedemikian. Apabila permasaalahan emosi si kecil dapat di atasi, sudah pasti mereka akan lebih ceria dan berselera untuk makan.

Tidak dapat di sangkal lagi bahawa faktor kesihatan amat mempengaruhi pemakanan kanak-kanak. Sekiranya, kanak-kanak mengalami demam mahupun cirit-birit, mereka akan lebih cepat keletihan. Ini kerana, badan mereka tidak mempunyai tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti. Ibu bapa dapat membantu si kecil dengan menyediakan makanan yang lebih mudah di hadam seperti bubur nasi, sup ayam mahupun buah-buahan segar yang dipotong kecil. Pada waktu ini, amat penting sekali bagi setiap ibu bapa untuk memastikan si kecil mereka mendapatkan zat makanan yang secukupnya bagi memastikan tubuh mereka mempunyai tenaga untuk melawan kembali penyakit yang dihadapinya.



Complete Nutrition Programme

Pengaruh luaran

Tanpa kita sedari kadang-kala pengaruh luaran juga mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak. Menurut Rachel Pryke di dalam bukunya yang bertajuk “Weight matters for children: a complete guide to weight, eating and fitness” ibu bapa memainkan peranan penting dalam tabiat pemakanan kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak kecil akan lebih mudah mencontohi apa yang dimakan oleh ibu bapanya, sekiranya ibu bapanya mengambil kuantiti makanan yang tertentu maka tidak mustahil kanak-kanak akan mengikutinya. Rachel turut menasihatkan agar ibu bapa sentiasa memberikan peluang kepada si kecil untuk memilih makanan mereka namun dalam masa yang sama tetap mengawal tabiat pemakanan mereka.

Menikmati makanan yang berkhasiat

Ibu bapa perlu mengajar si kecil agar menjadikan waktu makan sebagai waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Jadikan suasana menikmati makanan sebagai suasana yang mengembirakan. Keadaan seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan tali kekeluargaan malahan membantu setiap ahli keluarga mengekalkan kesihatan badan yang baik.



Aisyah sekarang.. semakin SIHAT, berat badan pun dah bertambah.. 


Rujukan:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. “Weight matters for children: a complete guide to weight, eating and fitness”, oleh Rachel Pryke (2005):



Baca Kisah Aisyah Sepenuhnya --> Kurang Selera Makan, Kesihatan Aisyah Merosot






Monday, 9 April 2012

STROKE: You can Save someone's life by sharing this.



You can Save someone's life by sharing this.

STROKE: Remember The 1st Three Letters... S.T..R ...
My friend sent this to me ...and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks.

STROKE IDENTIFICATION:
During a party, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)
She had suffered a stroke at the party . Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this...

STROKE IDENTIFICATION:

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE ..
T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg 'It is sunny out today').
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call the ambulance and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another 'sign' of a stroke is
1. Ask the person to 'stick' out their tongue.
2. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

A prominent cardiologist says if everyone who gets this status shares it; you can bet that at least one life will be saved.


And if someone you know is suffering from stroke.. with Allah's willing, gave them the chance of recovery..



Saturday, 7 April 2012

"Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul"


Saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya bertemu dengan VeMMA ini. Rakan-rakan yang rapat dengan saya, ramai yang dapat melihat apa yang berlaku kepada saya selama 20 tahun yang lalu.

Tuesday, 27 March 2012

Padah Usus Tidak Dijaga!

Ancaman Kanser Kolorektal


Kanser Kolorektal adalah sejenis kanser sistem penghadaman. Ianya selalu bermula didalam lapisan mukosa usus, dengan kehadiran tumor@polip yang berbentuk seperti bonjolan kecil dipermukaan kolon. Polip merupakan petanda awal bagi kanser kolorektal, dan tumor ini kemudiannya tumbuh jauh kedlm lapisan mukosa kolon serta kelenjar limfa berdekatan.

Kenali Punca Kanser Kolorektal
o Diet pemakanan tidak seimbang
o Pengambilan byk mknan berlemak dan kurang yg mengandungi serat serta fiber
o kegemukan atau pesakit diabetes mempunyai 40% risiko
o Sindrom keturunan
o Merokok
o Minum minuman beralkohol
o Kurang bersenam

Tanda2 Kanser Kolokteral
o Sakit perut, cirit-birit, gastrik diselangi sembelit yg teruk dan berpanjangan
o Tumor akan menyebabkan najis berdarah, samada kemerahan atau kehitaman
o Bengkak dan rasa tak selesa pada abdomen
o Kehilangan berat badan yang mendadak
o Demam dan kurang selera makan
o Lemah seluruh badan

Formula Rawatan Kanser Kolorektal
3 Jenis rawatan dicadangkan bergantung pd peringkat kanser iaitu:-
o Surgeri
o Kimoterapi
o Radiasi

Cegah Sebelum Terlambat
o Banyakkan makan buah2an, sayur2an, mknan berserat dan bijirin
o Banyakkan pengambilan Vitamin dan Zat Galian seperti Kalisum, Magnesium, Pyridoxine-Vitamin B6 dan Vitamin B9
o Kurangkan pengambilan makanan berlemak
o Berhenti merokok dan minum arak


VeMMA mengandungi Vitamin-Vitamin, Zat Galian dan Mineral, AloeVera dan Teh Hijau yg telah dinyah kafein. Pengamalan pengambilan 2oz VeMMA Premix setiap hari dapat membantu pencegahan. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat.



TERBUKTI! Dgn izin Allah, alhamdullillah, Puan Norfazilah Mohd semakin sihat selepas 10 tahun menderita ketumbuhan usus dan kencing manis .. sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa, Penyembuh Segala Penyakit.. Tiada penyakit yg tiada ubatnya kecuali mati.. bergantung kepada kita untuk berikhtiar mencarinya dan sentiasa berdoa, bertawakkal kepada Allah semoga Allah memberkati usaha kita.. 







Tuesday, 20 March 2012

Petua Untuk Merampingkan Badan

1. Jangan Berlapar - Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.
2. Amalkan Yang Pahit – Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 Gelas Air Sehari - Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum anda makan makanan yang berat-berat, cuba minum air. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan Minuman Bergas - Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan Pengambilan Garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

6. Ambil Sarapan Pagi -Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan Perlahan-Lahan - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil - Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin atau butter dalam makanan anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil Makanan Yang Berempah - Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



Info dari "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"


Dalam ber'diet' pastikan anda mendapat vitamins dan minerals yang secukupnya untuk badan anda menjalankan kerja2 mereka :D 


Minum 2oz Vemma sehari, insyaAllah, selain daripada membekalkan badan anda vitamins dan minerals yang cukup, vemma membantu memberikan tenaga untuk kerja2 seharian dan... Vemma juga boleh diminum untuk ber'diet'.. nie testimoni nya: