Monday, 13 February 2012

Kurang Selera Makan, Kesihatan Aisyah Merosot

Aisyah lahir pada 3 Ogos 2009 dengan berat 2.9kg. Sejak lahir sehingga umur 2 tahun lebih hanya BF shj.. tak nak susu formula. Graf berat badan dia normal sehingga umur dia berumur 5 bulan. 


Pada bulan June 2010 kesihatan dia mula terganggu. Berat badan mula menurun, makan tak nak dan sentiasa demam n selsema. Badan dia hanya tinggal tulang n kulit sahaja. Masa ni akak dh mula risau. Sebenarnya masa ni akak dh mula kenal Vemma melalui pembacaan dalam internet, tapi belum ada keberanian bila memikirkan penggunaan kad kredit di samping tiada kemudahan internet di rumah. Tak terniat nak buat bisnes..cuma nak
dapatkan supplement untuk baby shj..tapi bila tgk cara nak dapatkan produk ni mesti menggunakan vemmabuilder terus shj terbantut. (Kini baru tahu, tanpa guna vemmabuilder dan kad kredit pun boleh dapatkan produk ni).



Sehari ke sehari kesihatan aisyah makin merosot, Klinik dah jadi rutin setiap minggu, sehinggalah akhir bulan 10/2010 kesihatan dia sgt teruk apabila diserang demam yg tinggi. Masa ni baru saya daftar percuma kat vemmabuilder..

Si Aisyah ni bukan nama dia sebenar...Nama dia sebenar NUr Auni Izzati.. tapi bila dh macam2 cara kami lakukan supaya dia mahu makan ( rawatan ustaz, pil itu, pil ini, ubat selera makan, cina, jepun, HTAA, KMC, KPJ..) alih2 nama pun kena tukar jadi Aisyah.. tapi graf dia cam tu jugak. Sampai satu ketika dia tak buang air besar 2 minggu. Kami bawa ke Pusat Perubatan Swasta di Kuantan. Doktor cakap dalam badan anak saya tidak ada apa2 yg nak dibuang. Maksudnya tak ada sisa pun nak buang macammana dia nak buang air besar. Saya bantah ckp doktor..sebab dia tak buat apa2 lagi pada anak saya sekadar sentuh perut sikit2.. sebab anak sy menangis aje. Doktor pun bagi ubat ikut buntut supaya dia terasa nk buang air besar dan doktor cakap kalau tak percaya awak tgk nanti najis anak awak hanya sebesar hujung jari telujuk saja.

Tak sampai 10 minit apa yg doktor cakap tu memang betul! Doktor lelaki tu cakap awak kena buat perubahan besar..saya tanya apa maksudnya? Berhenti kerja!!! hah!!! dalam hati gila apa doktor ni?? saya nak bagi makan apa anak 4 orang dengan kudrat suami sorang takkan mampu. Saya pulang ke rumah dengan berbekalkan ubat multivitamin macam biasa2.. paracetamol 250, ubat selsema, syrup batuk, dan antibiotik. Masa tu anak saya tak sampai 1 1/2tahun lagi dah makan macam2 ubat.

Di rumah sy bingung, sedih, badan dia makin panas, termometer memang already ada (sebab dh selalu sgt demam) 15 minit sekali suhu makin naik. Malam kul 12 saya pergi HTAA (huh punyalah ramai org tp sebab baby terus masuk kecemasan). Doktor check.. bg ubat kut buntut sebab suhu 40djh celcius(tinggi tu) kena marah lg kata tak tengok suhu anak ler.. padahal dia tak tahu kita dh buat macam2. 15 minit check bagi balik ngan ubat cam biasa. Cuma antibiotik lain ckit sebab katanya anak ada tonsil..bengkak.

Balik esoknya.. demam tak turun2 tp darah pula keluar ikut hidung. Aduh panik! Terus gi KMC. Doktor minta warded tp kena spend 5-7 ribu. Banyak tu!!!! Limit kad kredit pun 6000 je!! Medical card pun takde. Masa tu nyesalnya sebab apa aku tak de duit..hanya untuk anak sorang jer!!! Pakar kanak-kanak tu terkejut bila sy tunjukkan antibiotik yg saya bagi semalam dan minta saya immedietly berhentikan pemberian ubat tersebut kerana katanya anak saya tak bengkak tonsil pun. Jadi dia suggestkn saya bawa Aisyah utk rawatan lanjut di hospital besar tapi dalam hati dah serik.. sbb baru semalam kul 12 tgh malam bawa anak yg lembik tak bermaya tp suruh balik hanya berbekalkan beberapa jenis ubat..dan antibiotik untuk tonsil yang tak ada tonsil tu. Walaubagaimanapun saya ambil juga surat sokongan doktor pakar tersebut. Bila balik umah saya mula contact kawan2 di Kuantan mencari klinik pakar untuk kanak2, yg mampu saya bayar. Sorang kawan cadangkan pakar kanak2 di Beserah.

Di sana seharian Aisyah di tahan. Dari pagi sampai petang sedut ubat bg kahak n paru2 3 kali. Balik dengan berbekalkan bermacam ubat,( tambah selera, ketahan badan, demam, selsema, batuk, paru2, kahak, antibiotik). Dengan 8 jenis ubat ni nk bagi Aisyah makan saya rasa terseksa sangat. Dia dah tak ada selera makan. Bila paksa bagi makan ubat for sure dia akan muntah. Habis keluar segala isi perut dia yg memang dh sikit tu. Kadang2 saya akan menagis bila saya paksa dia makan ubat sebab dia akan pegang tangan saya dia kan ckp mi na nak na nak....(umi tak nak..tak nak) sambil air mata laju
bercucuran kat pipi kurus dia. Saya memang tak sampai hati nak paksa tapi.. selsema, batuk , demam tak pernah berenggang dengan dia. Setiap bulan pasti kena. Lama pulak tu. Makan ubat akan baik sekejap. Saya ambil alternatif lain. Saya bawa jumpa sorang ustaz. Ustaz tu guna rawatan ayat suci Al-Quran. Dia kata perut anak saya dah luka..kalau kita panggil ulser. Ada 2 luka besar 5 luka kecil.. sebab tu dia asyik nangis bila makan. Susu badan jer dia boleh terima. 5 hari lepas buat rawatan tu ada perubahan sikit..tapi masuk minggu ke tiga balik semula tak nak makan, dan demam menyerang semula. Sebab rawatan tu sebelah luar sahaja..sapu pada perut. Sejak itu saya cari produk organik. Kebetulan kawan sekerja mencadangkan 1 produk yg di perbuat daripada acai beri. Saya beli.. tapi sayang aisyah tak nak minum sebab rasa dia agak tak sedap. Saya minum pun tak habis lagi sampai sekarang.

Saya mohon untuk jumpa pakar kanak2 hospital tapi saya diberi temujanji dengan pegawai pemakanan daerah nak bg penerangan tentang cara penyediaan makanan untuk bayi sebab katanya kita sebagai ibubapa perlu kreatif menyediakan makanan kepada anak2. Ini yg membuatkn sy kecewa..

Bulan 10 tahun 2010 sy mula mengenali Vemma melalui pembacaan saya di internet. Saya daftar percuma.. tapi tempoh 90 hari berlalu begitu sahaja... sebab (i) saya takde internet kt rumah, hanya harap kt sekolah..rumah tak leh guna broadband. (ii) tak ada support dari suami.

Sejak bulan 12 saya kumpul duit. Sebelum cuti sekolah graf berat anak saya makin jatuh..masuk line merah. Misi kt klinik kanak2 asyik bising jer...mak kena rajin bagi mkn anak , mak kena kreatif buat makanan macam2 komen lg.

Sebelum saya upgrade jadi member dh 4 kali sy daftar free..hehehe dr bulan 1 hingga 5 tu proses sy berfikir..dan kumpul duit. Saya nekad ambik bisnes pakej, sebab saya nakkan produk yg banyak utk kegunaan family.. dan saya tak rasa rugi walaupun saya belum ada rakan yg berminat nak join.. tapi saya dapat kesihatan yang berganda..


Aisyah makan mee sup dgn berselera.. favourite dia!

Aisyah bertambah makan nasi lemak! :D

SEKARANG Aisyah makin berselera. Minggu lepas minggu ke3 Aisyah minum vemma. Graf berat badan dia naik 100 gram. Nampak sikit kan..tapi bg saya itu adalah permulaan yg baik sebab sebelum ni graf hanya mendatar tak pun menurun...huhuhu. Ketahanan badan dia pun bertambah baik. Semenjak dia baik selsema selepas 3 hari minum vemma dulu tu dia tak kena selsema n demam lagi !!!! Hari Sabtu (9/7/2011) dia mandi hujan di padang sekolah kerana saya terpaksa menyiapkan perhiasan khemah VIP n Khemah rumah sempena sukan sek. Hari Semalam 10/07/2011 berpanas di padang sekolah menyaksikan sukan tahunan sekolah sampai kul 2.30 pm. Balik rumah minum vemma 15 ml sampai ke hari ini belum ada tanda2 selsema n demam. Alhamdulillah..sekarang kalau tak ada 2 ketul kepak ayam tak sah. Makan nasi tanpa berpaksa. Semua tu membuatkan saya sangat gembira dan senang hati.

Kesan Vemma bukan sahaja kepada si Aisyah tapi bagi anak pertama n kedua. Along ada masalah gatal pada kulit kaki (dari paha dampai kaki) 3 minggu minum semua tu sudah hilang. Angah baru2 ni jatuh ditolak kawan semasa berlari kat sekolah. Lutut terkoyak..agak seriuus! 3 hari minum vemma luka cepat kering, tidak bernanah walaupun tak letak apa2 ubat. Semingu dah boleh berlari dengan elok. Makan tak berpantang, ayam telur sapu semua. Banyak lagi perubahan positif. Insya allah saya akan kongsi dengan anda semua..



Sekian perkongsian Ikhlas saya,
Nafisah Mamat



No comments:

Post a Comment