Wednesday, 15 February 2012

Radang sendi - Kenali jenis-jenisnya

MENULIS, memegang gelas, tombol pintu, memandu, mandi, menyiapkan diri, berjalan, makan atau minum dan apa saja rutin harian yang melibatkan sendi sebenarnya sebahagian nikmat yang kurang kita hargai.

Nikmat ini hanya mungkin dirasai setelah kita `hilang upaya' untuk melakukan kesemua rutin ini dengan sempurna dan selesa.

Jika selama ini kita boleh melakukan segala-galanya dengan sendiri, tetapi alangkah sukarnya jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain, hanya untuk melakukan perkara yang kita anggap terlalu kecil dan remeh.

Bayangkan, kita terpaksa menunggu orang lain memegang tombol pintu, membutangkan baju atau hanya mampu melihat orang lain menggunakan sudu dan garfu dan sebagainya.

Kesemua ini, mungkin terpaksa ditempuhi setelah kita disahkan menghidap penyakit radang sendi.

Radang sendi atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai artritis juga disebut sebagai at-rai-tis, meliputi aspek luas pelbagai penyakit sendi.

Berita buruknya berhubung penyakit kronik yang menyebabkan rasa sakit, hilang pergerakan dan ada kalanya pembengkakan pada sendi tubuh yang terlibat, sebahagian besar penghidapnya terdiri daripada wanita.

Tersenarai sebagai penyakit kedua selepas penyakit jantung yang mengakibatkan ketidakupayaan bekerja, ia menghadkan pergerakan penghidapnya.

``Selain itu, rasa sakit yang teramat sangat merupakan gejala yang paling mengganggu kehidupan penghidap radang sendi,'' kata Presiden Yayasan Artritis Malaysia dan Ketua Jabatan Unit Reumatologi, Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Prof. Madya Dr. Chow Sook Khuan.

Sehubungan itu, sementara menunggu rawatan spesifik yang lebih berkesan, melegakan kesakitan salah satu cara meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Ini termasuklah ubat-ubat pelega dan ubat antiradang yang steroid.

Sook Khuan menjelaskan, selain ubat-ubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja turut memainkan peranan.

``Senaman dipercayai dapat membantu ketegangan sendi, mengekalkan pergerakan sendi, mengurangkan kecacatan sendi sekali gus meningkatkan tahap kesihatan sendi,'' ujarnya.

Di negara ini, radang sendi merupakan penyakit yang biasa ditemui di mana puncanya disebabkan oleh pelbagai faktor.

Diet, katanya, tidak menyebabkan artritis, tetapi pengambilan minuman keras secara berlebihan dan makanan yang tinggi kandungan purina boleh menyebabkan serangan gout kepada mereka yang menghidap penyakit ini.

Mengulas sejauh manakah faktor keturunan boleh mengakibatkan penyakit ini, hanya penyakit osteoartritis, artritis reumatoid dan gout saja diwarisi.

Sekalipun terdapat lebih 100 jenis radang sendi, terdapat lima yang paling ramai penghidapnya iaitu:

- Osteoartritis

- Artritis reumatoid

- Gout

- Artritis septik

- Sistemic Lupus Erythematosus.





Testimoni Vemma Berkaitan dgn Gout







No comments:

Post a Comment