Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.
Pemakanan yang berkhasiat dan baik membuatkan pertumbuhan si kecil sempurna sekali gus cergas dan meningkatkan kekuatan fizikalnya.
Pemakanan yang berkhasiat dan baik penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat dan sempurna. Ia bukan sahaja meningkatkan kekuatan fizikal dan cergas tetapi juga kecergasan otak. Jika pengambilan makanan berkhasiat diabaikan, ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya.
Oleh itu, mengawal pemakanan terhadap kanak-kanak perlu untuk mengelak daripada menghadapi masalah kesihatan seperti tumbesaran yang terbantut, letih, malnutrisi, perkembangan kognitif dan emosi atau akademik yang terjejas.
Terdapat beberapa jenis vitamin yang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan si kecil antaranya vitamin A yang menggalakkan sistem imun si kecil.
Vitamin C pula untuk gigi dan gusi serta membantu tubuh menyerap zat besi dan kalsium yang mana si kecil memerlukan untuk pertumbuhan gigi yang sihat.
Selain itu, jangan abaikan juga pemakanan yang mengandungi vitamin D. Ini kerana jika kekurangan vitamin ia menyebabkan kanak-kanak mengalami rickets atau cacat tulang terutama belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah, bengkak sendi dan lemah otot.
Sementara itu, mineral seperti zat besi, zink dan magnesium juga menjadi zat pemakanan yang untuk pertumbuhan si kecil. Misalnya zink penting untuk penyembuhan kulit dan tumbesaran. Juga magnesium untuk pembentuk tulang dan gigi dan umumnya penting dalam diet harian si kecil.
Pentingnya Vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40 mg vitamin C, 400 mikrogram vitamin A, 10 mg zat besi, 10 mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.
5 Nutrisi Penting Untuk Anak
Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas.
1. Kalsium
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Magnesium
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.
3. Serat
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
4. Vitamin D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.
5. Vitamin E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.
Apa yg kita buat untuk memastikan anak2 mendapat khasiat makanan yg secukupnya?
Inilah hidangan anak2 saya.. nasi putih dan nasi hitam (buh kicap) dgn telur dadar.. langsung tak nak makan sayur.. dulu saya risau camne nak paksa anak2 makan sayur.. mmg antibodi anak2 saya lemah, dh ler tak makan sayur, susu pun diaorg tak nak minum.. so, anak2 saya selalu kena selsema, batuk dan demam tinggi..
tapi sekarang, syukur alhamdullillah antibodi anak2 saya makin meningkat.. diaorg dh jarang demam walaupun selsema, kalau kena selsema pn kejap jer.. diaorg masih tak nak makan sayur tapi saya bersyukur kerana diaorang nak minum vemma.. Vemma, a complete nutrition programme.. khasiat di dlm Vemma CUKUP untuk keperluan harian kita.. cuma 2oz a day.. syukur alhamdullillah..
No comments:
Post a Comment