Kebahagiaan yang paling manis adalah apabila melihat orang kita sayangi sentiasa sihat dan ceria dihadapan mata. Betulkan? Namun, pada hari raya keempat yang lepas, 23 Ogos 2012 (4 Syawal 1432H) hasrat untuk pulang ke kampung terpaksa dibatalkan kerana dikejutkan dgn berita abah terkena serangan strok! Allahu Akhbar.. amat terperanjat dan sejak itu kegembiraan nak beraya bertukar menjadi suram.
Sejak itu saya menesyorkan supaya abah minum vemma setiap hari. Sebelum ini, abah cuma beli vemma tetapi abah tidak minum. Hanya ibu sahaja yang minum vemma setiap hari. Akhirnya, ibu pula sihat wal-afiat dan abah pula yang jatuh sakit. Sejak itu, kami ikhtiar menghantar abah buat fisioterapi, berurut dan memberi abah minum vemma setiap hari.
Sejak abah kena strok, sebelah kanan tubuh abah menjadi lemah dan tidak boleh bergerak. Setiap pergerakan abah perlu dibantu kerana abah tidak boleh lakukan sendiri. Selepas dua minggu abah dihospital, abah dibenarkan pulang ke rumah. Selepas 4hari abah di rumah, keadaan abah masih sama seperti di hospital. Setiap pergerakan abah perlu dibantu. 3hari berikutnya, ketika waktu pagi nak siapkan anak pergi sekolah, dengan izin Allah, saya nampak abah bangun dari pembaringan dan duduk sendiri! MasyaAllah.. terkaku sekejap masa tu. Memang sangat terkejut macam bermimpi. Betul ke ni?? Bermakna dalam tempoh 3 minggu abah minum vemma sudah menampakkan kesan yang positif! Alhamdullillah. Abah terus minum vemma setiap pagi.
Hari ini, 4 Oct 2012, peluang yang ada ni saya nak senyum banyak sikit. Dah dua minggu abah boleh berjalan dengan tongkat! Kadang-kadang abah lepaskan tongkat dan melangkah beberapa step tanpa pegang apa-apa! Subhanallah.. Kegembiraan dalam hati ni hanya Allah sahaja yangtahu sehingga mengalir air mata ni. Dalam masa hampir dua bulan abah sudah boleh berjalan drngan tongkat. Ramai ahli keluarga terperanjat, perubahan positif abah berlaku dalam masa yang singkat. Alhamdullillah. Saya akan terus menggalakkan abah minum vemma sehingga abah boleh berlari semula. InsyaAllah....... :)
Opps.. Itu baru kisah abah saya. Apa pula kisah orang yang abah saya ni. Sebenarnya saya, ibu dan suami juga mengamalkan minum vemma sejak setahun yang lepas. Alhamdullillah, kesihatan kami semakin bertambah baik. IBU yang ketika dahulu selalu mengadu letih dan tekanan darah ibu juga tinggi. Kini lebih sihat dan cergas. Jarang dengar ibu kata pening kepala dan letih lagi. paling best suatu hari ibu cakap pada saya "mungkin ibu mampu jaga abah sakit di hospital sebab minum vemma. Badan ibu rasa ringan!", Alhamdullillah. Semua dengan izin Allah SWT.
SUAMI pula setiap kali pulang dari pelayaran kapal, boleh dikatakan setiap minggu demam panas dan batuk sampai berdarah anak tekak. Kini dah jarang demam! Kalau demam pun sekadar pening kepala. Batuk pun setakat ni jarang dengar suamu batuk sejak setahun minum vemma nie, Alhamdullillah......
SAYA pula sejak kecil sudah ada penyakit asma dan sangat takut bila diserang selsema dan batuk. Kerana setiap kali selsema dan batuk saya pasti akan semput dan perlu ke klinik mendapatkan gas (nebulizer) dan ubat cairkan kahak. Kini belum pernah lagi kena semput. kalau selsema pun cepat sembuh. Alhamdullillah. Kesyukuran yang tidak terhingga. Sejak saya mengamalkan vemma, antibodi saya semakin kuat dan tubuh semakin cergas. Syukur ya Rabb! Alhamdullillah rasa sangat bersyukur kerana dengan izin Tuhan saya dipertemukan dengan Cikgu Jamaliah dalam satu lama sosial dan beliau telah memperkenalkan kepada saya produk istimewa ini. Alhamdullillah....
Ini adalah kisah benar yang ditaip sendiri oleh Aida Miez (saya hanya retaip semula untuk bacaan yang lebih jelas). Tidak rugi mencuba kerana setiap panyakit PASTI ADA PENAWARNYA.. insyaAllah...
No comments:
Post a Comment